Tips Kemas Beg Umrah!

Alkhairi Travel & Tours - Pakej Umrah & Haji Malaysia

1. Jika anda terbang ke Jeddah dan masuk Mekah dahulu, PASTIKAN anda menyimpan kain ihram di dalam beg kabin dan dibawa tangan ke pesawat. JANGAN letak dalam beg kargo!❕❕❕

2. Bagi lelaki, bawa selipar jepun untuk ihram (menampakkan lima jari kaki)🩴

3. Bawa ubat-ubatan asas; panadol, ubat sakit perut, selesema, batuk, minyak angin dan Yoko Yoko.💊

4. Tali pinggang ihram adalah pilihan, tetapi digalakkan sekiranya kain ihram bawah longgar, pakailah.🪢

5. Bawa baju beberapa helai sahaja, simpan ruang untuk baju yang belum dibeli, EH😂

6. Digalakkan membawa seluar dalam wanita pakai buang. Senang, tak perlu sibuk nak cuci🗑

7. Bawa panty liners, kerana di sana harganya agak mahal.🩲

8. Bawa stokin tawaf, ada getah untuk grip langkah kita.🧦

9. Bawa telekung mini atau tudung segera untuk pergi makan di restoran hotel.🍽

10. Simpan gunting tahalul/pengepit kuku atau barang tajam lain di dalam beg kargo. 🔪

11. Simpan powerbank dalam beg bawa tangan anda, JANGAN SIMPAN DALAM BEG KARGO dikhuatiri MELETUP.🔋

12. Hanya cecair tidak melebih 100ml dibenarkan untuk dibawa di dalam beg bawa tangan.💧

Selamat menyimpan!🤗

Rasai pengalaman Umrah yang penuh kenangan dan pengisian bersama Al Khairi Travel. Whatsapp kami di wasap.my/60189000291/umrahalkhairi untuk maklumat lanjut atau tekan pautan dibawah⤵️

SAYA NAK UMRAH

#CintaHaramainBermulaDisini