Rumah sahabat Nabi di Quba

Alkhairi Travel & Tours - Pakej Umrah & Haji Malaysia

Rumah sahabat Nabi di Quba – Oleh Ustaz Izmir Fareez

Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah). Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). [108]

Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [109]

Surah At-Taubah ayat 108-109

Rasai pengalaman Umrah yang penuh kenangan dan pengisian bersama Al Khairi Travel. Whatsapp kami di wasap.my/60189000291/umrahalkhairi untuk maklumat lanjut atau tekan pautan dibawah⤵️

SAYA NAK UMRAH

#CintaHaramainBermulaDisini