NAK BAWA UBAT APA YA UNTUK UMRAH?

Alkhairi Travel & Tours - Pakej Umrah & Haji Malaysia

Seperti sedia maklum, Arab Saudi mempunyai iklim panas dan kering, sangat berbeza dengan tanah air Malaysia kita. Jadi, ubat-ubatan dan suplemen tambahan sangat digalakkan dalam membiasakan diri di tempat asing serta menguatkan tubuh badan untuk beribadah. Kami menyarankan ubat-ubatan seperti di bawah:-

1. Ubat tiga serangkai (jantung, kencing manis dan darah tinggi) – sangat penting bagi mereka
yang mengalami sakit tersebut. Sentiasa bawa kemana-mana sahaja.⚗️

2. Ubat demam – amat diperlukan peralihan cuaca sekeliling sangat ketara diantara suhu
Malaysia dengan Arab Saudi.🤒

3. Ubat Batuk (cecair atau kapsul) – melegakan batuk.😷

4. Pelembap bibir – bibir terdedah untuk kering dan pecah. Sapu pada bibir seperti gincu agar
sentiasa lembap.👄

5. Ubat selsema – merawat selesema.🤧

6. Ubat sakit urat – warga tua kerap berjalan semasa ziarah memerlukan ubat ini. Sapu pada bahagian sakit/lenguh. Jika tidak larat berjalan, rujuk kepada petugas untuk kerusi roda.󰚸

7. Lozeng berangin – melegakan sakit tekak.🍬

8. Minyak gamat – boleh merawat luka ringan.🤕

9. Minyak angin – melegakan sakit kepala dan sakit perut

10. Plaster luka – menampal luka ringan.🩹

11. Losyen/pelembap kulit – melindungi kulit dari kering dan gatal.🧴

PALING PENTING, banyakkan minum air zamzam💧 untuk sentiasa terhidrat. Sediakan ubat secukupnya, nikmati ibadah sepuasnya!

Rasai pengalaman Umrah yang penuh kenangan dan pengisian bersama Al Khairi Travel. Whatsapp kami di wasap.my/60189000291/umrahalkhairi untuk maklumat lanjut atau tekan pautan dibawah⤵️

SAYA NAK UMRAH

#CintaHaramainBermulaDisini