Sajak Keriangan Duyufurrahman di Pintu Pelepasan

Alkhairi Travel & Tours - Pakej Umrah & Haji Malaysia

Sajak Keriangan Duyufurrahman di Pintu Pelepasan

oleh Hasan Z. Ali

Berduyun-duyun
manusia di terminal
mendaftar dan berhimpun
beramah mesra dan bersuai kenal
terujanya menimbun
ke Tanah Suci asbabnya asal.

Sukanya tak terkata
menyahut seruan tuhan ke rumah-Nya
hiba syukur pada yang Esa
menjadi tetamu Tuhan
dipanggil Duyufurrahman.

Pasport merah dicium
titisan air mata ditadah senyum.

Kaki letih ceria berjalan
bersama bagasi bawa tangan
dari himpunan ke pintu pelepasan
riangnya tak dapat disimpan
talbiah bersemangat penuh kehambaan.

—–

Mohammad Ihsan Hazeeq B Razali

Tentang Penulis : Ihsan @ Hasan Z. Ali merupakan graduan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, dan juga pemenang Hadiah Tunas Cipta Dewan Bahasa dan Pustaka 2019/2020. Karya puisi beliau tersiar di Dewan Siswa dan Tunas Cipta. Kini beliau berkhidmat sebagai Penulis Kandungan Kreatif di Al Khairi Travel.

Rasai pengalaman Umrah yang penuh kenangan dan pengisian bersama Al Khairi Travel. Whatsapp kami di wasap.my/60189000291/umrahalkhairi untuk maklumat lanjut atau tekan pautan dibawah⤵️

SAYA NAK UMRAH

#CintaHaramainBermulaDisini