Bagaimana cara untuk mendapatkan slot solat, umrah, ziarah Raudah dan Rasulullah?

Permohonan permit bagi slot untuk menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu dilakukan menggunakan applikasi Eatmarna. Slot tempahan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan slot hendaklah dilakukan 4 jam sebelumnya. Ibadah Tawaf Wada’ (selamat tinggal), tawaf sunat dan iktikaf di masjid tidak dibenarkan mengikut SOP kerajaan Arab Saudi buat masa ini. Sebarang perubahan hanya tertakluk kepada…

Sekiranya saya perlu dikuarantin di Saudi berapa kos yang perlu disediakan?

Kos kuarantin bagi pelanggan yang positif Covid-19 akan dilindungi oleh insurans yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi seperti berikut: Kos kuarantin SR450 sehari bagi seorang pelanggan selama 14 hari. Makan 3 kali sehari ketika kuarantin. Kos hospital dan kuarantin yang melebihi perlindungan ini perlu ditanggung oleh pelanggan.

Adakah ujian Swab Test Covid-19 diwajibkan?

Ya, pelanggan perlu melakukan ujian RT-PCR Covid-19 sendiri di tempat dan negeri masing-masing dalam masa 48 jam sebelum penerbangan ke Arab Saudi dan perlu mendapatkan keputusan negatif. Keputusan ujian RT-PCR Covid-19 perlu diserahkan kepada pihak syarikat. Kos ujian RT-PCR Covid-19 ini perlu ditanggung pelanggan. Bagi pelanggan yang memperolehi keputusan ujian yang negatif sahaja  dibenarkan untuk menaiki kapal terbang dan…

Apakah tindakan & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?

Pelanggan perlu memenuhi syarat iaitu telah lengkap divaksin sebelum membuat pendaftaran. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna untuk digunakan di Arab Saudi. Passport perlu dipastikan masih belum luput tarikh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. Menyediakan dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang diberikan….

Bagaimana Untuk Memilih Agensi Pengendali Umrah Yang Sah Dan Betul?

Agensi Pengendali Umrah yang betul adalah salah satunya yang akan memberikan anda ketelusan yang lengkap dalam semua urusan anda. Terdapat banyak Agensi Pengendali Umrah yang mempromosikan harga pakej umrah yang terlalu rendah sebagai gimik tetapi akhirnya akan meminta wang tambahan dengan memberi berbagai alasan seperti kenaikan Cukai kerajaan, Cukai Lapangan Terbang atau turun naik Riyal…

Mahram

Lelaki berumur 18 tahun ke bawah dan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu mengerjakan umrah bersama Mahram. Mahram mestilah lelaki yang berusia 18 tahun ke atas sama ada Suami / Bapa / Adik-beradik lelaki / Pak Cik sebelah Bapa / Datuk sebelah bapa / Bapa Tiri / Bapa Angkat / Anak lelaki.

Bagaimana bapa atau walinya berniat dan mengerjakan kerja-kerja Umrah bagi kanak-kanak yang belum Mumayyiz?

Cara bapa atau walinya berniat dan melaksanakan kerja kerja Umrah adalah seperti berikut: i) NIAT Bapa atau walinya hendaklah berniat di dalam hatinya dengan menjadikan anak tanggungannya berihram Umrah. Niat Di Hati:- Sahaja aku mengerjakan Umrah untuk anakku atau tanggungan ku kerana Allah Taala. ii) Menyempurnakan rukun dan wajib Umrah. Anak dan tanggungan itu hendaklah…

Apakah hukum Umrah yang dilakukan oleh kanak kanak yang belum Baligh?

TIDAK wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh menunaikan Umrah. Jika kanak-kanak yang Mumayyiz (tahu membezakan antara kotor atau najis dengan yang suci atau bersih) tahu kerja kerja Umrah dan membuatnya sendiri maka hukum Umrahnya sah TETAPI tidak menggugurkan kefarduan Umrah yang wajib ke atas dirinya. Ia boleh berniat Umrah untuk dirinya sendiri dengan diizinkan…