Soalan-soalan Lazim

Bagaimana bapa atau walinya berniat dan mengerjakan kerja-kerja Umrah bagi kanak-kanak yang belum Mumayyiz?

Alkhairi Travel & Tours - Pakej Umrah & Haji Malaysia

Soalan: Bagaimana bapa atau walinya berniat dan mengerjakan kerja-kerja Umrah bagi kanak-kanak yang belum Mumayyiz?

Jawapan:

Cara bapa atau walinya berniat dan melaksanakan kerja kerja Umrah adalah seperti berikut:

i) NIAT
Bapa atau walinya hendaklah berniat di dalam hatinya dengan menjadikan anak tanggungannya berihram Umrah.
Niat Di Hati:- Sahaja aku mengerjakan Umrah untuk anakku atau tanggungan ku kerana Allah Taala.

ii) Menyempurnakan rukun dan wajib Umrah.
Anak dan tanggungan itu hendaklah dibawa bersama ketika tawaf Umrah dan Saei Umrah. Walau bagaimanapun bapa atau walinya hendaklah menyelesaikan tawaf untuk dirinya dahulu baharulah mengerjakan tawaf untuk anak atau tanggungannya yang di bawa bersama.

Begitu juga dengan saei. Bapa atau walinyanya mengerjakan saei untuk dirinya baharulah mengerjakan saei untuk anak atau tanggungannya. Kemudian bercukur.

iii) Penjagaan Larangan Ihram.

Bapa atau walinya WAJIB menjaga anak atau tanggungannya dari melakukan perkara perkara yang dilarang dalam masa ihram. Jika kanak-kanak yang tidak Mumayyiz melanggar larangan ihram tidak dikenakan dam tetapi kanak-kanak yang Mumayyiz WAJIB disempurnakan dam.

Bayaran dam boleh diambil dari harta kanak-kanak tersebut jika ada . jika tidak ada diambil dari harta bapa atau walinya.