Soalan-soalan Lazim

Apakah tindakan & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?

Alkhairi Travel & Tours - Pakej Umrah & Haji Malaysia

Soalan: Apakah tindakan & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?

Jawapan:
  1. Pelanggan perlu memenuhi syarat iaitu telah lengkap divaksin sebelum membuat pendaftaran.
  2. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna untuk digunakan di Arab Saudi.
  3. Passport perlu dipastikan masih belum luput tarikh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  4. Menyediakan dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang diberikan.
  5. Pelanggan diwajibkan mencarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi atau buat belian insuran umrah di Alkhairi Care.
  6. Memastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik sehingga ke tarikh hari penerbangan.