Soalan-soalan Lazim

Adakah ujian Swab Test Covid-19 diwajibkan?

Alkhairi Travel & Tours - Pakej Umrah & Haji Malaysia

Soalan: Adakah ujian Swab Test Covid-19 diwajibkan?

Jawapan:

Ya, pelanggan perlu melakukan ujian RT-PCR Covid-19 sendiri di tempat dan negeri masing-masing dalam masa 48 jam sebelum penerbangan ke Arab Saudi dan perlu mendapatkan keputusan negatif. Keputusan ujian RT-PCR Covid-19 perlu diserahkan kepada pihak syarikat. Kos ujian RT-PCR Covid-19 ini perlu ditanggung pelanggan.

  1. Bagi pelanggan yang memperolehi keputusan ujian yang negatif sahaja  dibenarkan untuk menaiki kapal terbang dan meneruskan perjalanan.
  2. Bagi pelanggan yang memperolehi keputusan positif, mereka tidak dibenarkan menyertai perjalanan umrah dan penjadualan semula penerbangan akan dilakukan (tertakluk kepada kebenaran dan SOP semasa Saudi Airlines / syarikat penerbangan).