SOP Norma Baharu

Alkhairi Travel & Tours - Pakej Umrah & Haji Malaysia

Sebelum Penerbangan:

  1. Pelanggan berumur 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan menunaikan umrah buat masa ini sama ada menggunakan Visa Umrah atau Visa Pelancong (tertakluk kepada perubahan SOP semasa Arab Saudi).
  2. Pelanggan yang telah divaksin penuh sahaja dibenarkan menunaikan umrah dan masuk ke negara Arab Saudi. Berikut adalah maklumat vaksin yang diiktiraf dan diluluskan kerajaan Arab Saudi:
    • 2 dos vaksin Pfizer-BioNTech / Comirnaty, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
    • 2 dos vaksin Oxford-AstraZeneca / Covishield / SK Bioscience / Vaxzevria, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
    • 2 dos vaksin Moderna / Spikevax, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
    • 1 dos vaksin Johnson & Johnson, telah melepasi 28 hari tempoh inkubasi setelah dos pertama. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
    • 2 dos vaksin Sinovac / Coronavac, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
    • 2 dos vaksin Sinopharm / Covilo, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
  3. Pelanggan diwajibkan mencarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika permohonan Visa Umrah atau Visa Pelancong.
  4. Pelanggan perlu menyediakan sijil vaksinisasi rasmi yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera dan menyerahkan kepada wakil syarikat. Sijil tersebut perlu dibawa untuk semakan di lapangan terbang.
  5. Pelanggan perlu melakukan ujian RT-PCR Covid-19 di klinik/hospital di kawasan masing-masing dalam masa 48 jam sebelum penerbangan ke Arab Saudi dan perlu mendapatkan keputusan negatif. Keputusan ujian RT-PCR Covid-19 perlu diserahkan kepada pihak syarikat. Sekiranya pelanggan mendapat keputusan positif, pelanggan tidak dibenarkan menyertai perjalanan umrah dan penjadualan semula penerbangan akan dilakukan (tertakluk kepada kebenaran dan SOP semasa Saudi Airlines / syarikat penerbangan). Kos ujian RT-PCR Covid-19 ini perlu ditanggung pelanggan.
  6. Pihak syarikat akan mendaftarkan pengesahan vaksinisasi pelanggan melalui laman web Muqeem dalam masa 72 jam sebelum penerbangan. Sijil pengesahan tersebut perlu dibawa untuk semakan di lapangan terbang.
  7. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna untuk digunakan di Arab Saudi. Pelanggan perlu memastikan bateri telefon pintar sentiasa penuh sebelum bertolak.
  8. Setiap pelanggan perlu memastikan telah diberikan Pasport dan Fail Khas ketika di lapangan terbang oleh wakil syarikat. Fail ini mengandungi dokumen penting bagi perjalanan umrah.

Ketika Di Arab Saudi:

  1. Tiada ujian RT-PCR Covid-19 ketika tiba di Arab Saudi dan tiada keperluan kuarantin bagi pelanggan yang telah menerima dos lengkap vaksin.
  2. Bagi pengguna Visa Pelancong yang telah dilanjutkan tempoh sahnya, mereka perlu mencarum insurans Covid-19 bernilai SR40 di lapangan terbang Arab Saudi. Kos ini ditanggung syarikat.
  3. Pelanggan perlu membeli kad sim Arab Saudi dan mendaftar di kedua-dua aplikasi berikut:
    • Tawakkalna – Aplikasi memantau kesihatan dan pergerakan pelanggan untuk memasuki masjid dan premis (seperti MySejahtera di Malaysia).
    • Eatmarna – Aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW.
  4. Permohonan permit bagi slot untuk menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu dilakukan menggunakan applikasi Eatmarna. Slot tempahan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan slot hendaklah dilakukan 4 jam sebelumnya.
  5. Pelanggan perlu memohon untuk menjalani kuarantin di rumah (HSO) setelah pulang dari Arab Saudi dengan membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia 7 hingga 10 hari sebelum tiba di Malaysia. Permohonan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sekiranya diluluskan, email akan diberikan kepada pelanggan dan perlu ditunjukkan salinan kepada petugas kesihatan di KLIA. Jika tidak memenuhi syarat dan kelayakan, pelanggan perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia.
  6. Ibadah tawaf wada’ (selamat tinggal), tawaf sunat dan iktikaf di masjid setakat ini belum dibenarkan. Ia tertakluk kepada perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi.
  7. Program ziarah umrah dibenarkan. Ia tertakluk kepada perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi.
  8. Kapasiti bagi kenderaan di Arab Saudi adalah mengikut kapasiti penuh kenderaan.
  9. Pelanggan perlu melakukan ujian RT-PCR Covid-19 di bilik hotel penginapan dalam masa 48 jam sebelum penerbangan pulang ke Malaysia dan mendapatkan keputusan negatif. Kos ujian RT-PCR Covid-19 ini ditanggung syarikat. Sekiranya pelanggan mendapat keputusan positif, pelanggan tidak dibenarkan pulang ke Malaysia dan perlu menjalani kuarantin dan rawatan di Arab Saudi terlebih dahulu. Penjadualan semula penerbangan pulang akan dilakukan (tertakluk kepada kebenaran dan SOP semasa Saudi Airlines / syarikat penerbangan). Sebarang kos kuarantin dan rawatan yang melebihi perlindungan insurans perlu ditanggung pelanggan. Ahli keluarga yang ingin menemani pesakit di Arab Saudi sepanjang tempoh kuarantin perlu tanggung kos sendiri.

Setelah Tiba Di Malaysia:

  1. Pelanggan perlu mengisi borang secara online sebaik sahaja tiba di KLIA. Borang ini akan dikemaskini ke dalam aplikasi MySejahtera pelanggan. Salinan surat permohonan kuarantin di rumah (HSO) yang diluluskan akan disemak dan gelang merah akan dipakaikan. Pelanggan perlu melakukan ujian RT-PCR Covid-19 di KLIA dan menjalankan kuarantin selama 7 hari di rumah. Kos ujian RT-PCR Covid-19 di KLIA adalah percuma.
  2. Ujian ulangan RT-PCR Covid-19 perlu dilakukan pada hari ke-5 kuarantin di klinik/hospital berhampiran. Pelanggan boleh memotong gelang kuarantin pada hari ke-8 di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dengan membawa keputusan ujian RT-PCR Covid-19 yang negatif. Kos ujian RT-PCR Covid-19 dan kuarantin perlu ditanggung pelanggan.
  3. Bagi pelanggan yang tidak diluluskan untuk kuarantin di rumah, mereka akan dihantar ke stesen kuarantin yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia mengikut tahap penilaian risiko oleh KKM.
  4. Segala perubahan tertakluk kepada SOP semasa KKM dan kerajaan Malaysia.