Bicara Ketua Pengarah

Alkhairi Travel & Tours - Pakej Umrah & Haji Malaysia

Ustaz Anas

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah, kepada-Nyalah kita berserah, meminta apa saja, memohon ampun dosa serta meletakkan pengharapan penuh kehambaan. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, serta kaum kerabat baginda.

Al Khairi Travel & Tours Sdn Bhd merupakan sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan perjalanan ibadah Haji dan Umrah, pelancongan domestik, antarabangsa serta menguruskan tiket dan visa untuk para pelanggan yang dikasihi. 

Sesungguhnya ibadah Haji dan Umrah adalah salah satu tuntutan ke atas umat Islam sepertimana ia termaktub dalam Rukun Islam yang lima. Allah S.W.T. berfirman:

“Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah,” – Surah Al-Baqarah ayat 196.

Ibadah Haji dan Umrah merupakan perjalanan wajib bagi setiap muslim yang mukallaf mengunjungi Baitullahilharam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Saban tahun, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan datang menyahut seruan Haji pada bulan Zulhijjah dengan penuh kehambaan.

Al Khairi Travel & Tours Sdn Bhd komited memberikan khidmat terbaik untuk para jemaah kami dengan pimpinan Umrah dan Haji oleh barisan Mutawif berkaliber, petugas yang ramah mesra serta keselesaan beribadah pada tahap cemerlang.

Berbekalkan prinsip KESELESAAN JEMAAH KEUTAMAAN KAMI, kami di Al Khairi Travel & Tours mendoakan agar kita semua diberi peluang untuk bergelar duyufurrahman menjejakkan kaki ke Tanah Suci dengan keberkatan beserta redha-Nya dan dipermudahkan dan diterima Allah Azzawajalla.

Wassalam.

Tuan Haji Mohamad Anas
Pengarah Urusan Al Khairi Travel & Tours Sdn Bhd