Aplikasi Tawakkalna & Eatmarna sangat diperlukan sepanjang keberadaan di Saudi. Apa beza kedua-dua aplikasi ni?
Tawakkalna adalah aplikasi memantau kesihatan dan pergerakan pelanggan untuk memasuki masjid dan premis (seperti MySejahtera di Malaysia) Eatmarna adalah aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW. Pendaftaran untuk kedua-dua aplikasi ini hanya boleh menggunakan nombor telefon Arab Saudi sahaja.